Tanggal 26 Mei 2011, jam 9.30 malam genaplah 3 tahun ikut kiraan tahun masihi, ayah kembali mengadap Pencipta yang selalu dirintihnya. Tiada lagi keseronokan dunia, kerana maksiat berada di mana-mana. Lebih baik duduk di rumah daripada keluar bercampur dengan dosa. Jika tidak ditegur, takut rasa bersalah dengan Allah SWT. Bila ditegur, ada yang tidak boleh menerimanya pula. Itulah antara keluhan yang selalu diucapkan oleh ayah.
Bagaikan baru semalam peristiwa tersebut berlalu. Masih terbayang mimik muka ayah ketika bergurau, tersenyum dan memberi nasihat. Harapnya, ia akan berterusan sampai bila-bila kerana tiada gambar untuk ditatap. Bukan kerana tiada kamera, tetapi sebagai menghormati pendirian ayah yang tidak suka untuk bergambar. Semoga roh ayah dirahmati oleh Allah SWT dan ditempatkan di kalangan para anbiya', siddiqin, syuhada' dan solihin.
Semoga aku dapat mengikuti jejak-jejakmu yang telah ditinggalkan.
No comments:
Post a Comment